Tuesday, 22 February 2011

Tokoh ; Muallaf

Tajuk:
 Muallaf
Disediakan untuk:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
Disediakan oleh:
Nurul fazila hanim binti omar
No matrik: 2010891732
Kumpulan :BMB2Ac
Program:
 Ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan (kepujian) pengurusan sumber manusia
Kod program: BM 223
Tarikh hantar: 28 februari 2011
Isi kandungan:
Tajuk
Abstrak
Pendahuluan
Latar belakang
Tarikh memeluk Islam
Faktor-faktor memeluk Islam
Cabaran
Aktiviti-aktiviti
Harapan
Kesimpulan
Rujukan



Tajuk: Muallaf

Abstrak:
Muallaf ialah seseorang yang baru memeluk Islam.Apabila seseorang telah dikurniakan hidayah oleh Allah maka dengan sendirinya hatinya akn terbuka untuk memeluk Islam. Firman Allah swt. : ”Barang siapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya) niscaya disesatkan-Nya. Dan, barang siapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk) niscaya Dia menjadikan-Nya berada di atas jalan yang lurus.” (QS Al-An’am: 39). Oleh itu, Allah swt akan membukakan pintu hati umatnya kearah jalan yang benar jika Dia mengkehendakkannya.Apabila seseorang yang bukan Islam melafazkan dua kalimah shahadah berserta saksi maka dengan sahnya dia telah menjadi saudara baru Islam.Muallaf amat memerlukan bimbingan dari orang Islam yang lain untuk membimbingnya dan mengukuhkan akhidahnya.

Pendahuluan :

Assalamualaikum.. Alhamdulilllah, segala puji hanya milik Allah Yang Maha Besar. Dialah Yang Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya. Dia pulalah Yang Maha Mengetahui segala keperluan hamba-Nya. Dia juga mengetahui bahawa para hamba-Nya lemah sangat perlu terhadap pertolonganNya.Memahami tentang saudara baru Islam iaitu muallaf. Perkara utama yang perlu dikukuhkan adalah iman. Iman menurut Ahlussunnah wal jama’ah adalah keyakinan dengan hati, pengikraran dengan lisan serta pengamalan dengan anggota badan. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan perbuatan maksiat.

Jadi Iman terdiri dari tiga bahagian, iaitu:

Pertama, keyakinan hati dan amalan hati, iaitu keyakinan dan pembenaran terhadap apa yang datang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah:

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan orang-orang yang berbuat baik. ” (Az-Zumar: 33-34)

Adapun amalan hati di antaranya adalah niat yang benar, ikhlas, cinta, tunduk dan semacamnya terhadap apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2 atau yang lainnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. ”

Kedua, ikrar lisan dan amalan lisan. Ikrar lisan, iaitu mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengakui konsekuensi dari kedua kalimat tersebut. Nabi SAW bersabda, ertinya:

“Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengatakan La Ilaha Illallah dan bahwasanya aku adalah Rasulullah. (Shahih, HR Bukhari dan Muslim)

Sedangkan amalan lisan adalah sebuah amalan yang tidak bisa terlaksana kecuali dengan lisan, seperti membaca Al Qur’an, dzikir, tasbih, tahmid, takbir, do’a istighfar, dan lain-lain. Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (Fathir: 29)

Ketiga, amalan anggota badan iaitu sebuah amalan yang tidak terlaksana kecuali dengan anggota badan seperti ruku’, sujud, jihad, haji dan lain-lain. Allah berfirman dalam surah Al-Haj ayat 77-78, yang ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan agar kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

             

Latar belakang: 

                                    

Mualaf yang ditemubual oleh saya bernama Kullamah. Setelah memeluk Islam namanya ialah Siti Aishah bt Abdullah.Beliau berumur 85 tahun dan berasal dari Jitra. Beliau mempunyai 12 orang cahaya mata iaitu 5 orang perempuan dan 7 orang lelaki. 2 orang daripada anaknya adalah beragama Islam. Anak yang ke-9 memeluk Islam atas sebab kerelaan diri sendiri dan anak yang bongsu telah beragama Islam kerana telah diberikan kepada keluarga Melayu untuk memeliharanya. Beliau tidak berkesempatam untuk ke sekolah akibat daripada faktor kemiskinan dan keadaan yang tidak stabil pada masa itu.
Sifat peribadi beliau adalah sangat lemah lembut dan bersikap terbuka kerana sudi berkongsi pengalaman hidupnya tanpa keberatan.Walaupun dalam usia yang sudah tua,beliau masih lagi berusaha untuk meningkatkan pengetahuannya dalam agama Islam


Tarikh memeluk Islam:
Beliau telah memeluk Islam pada tahun 2009 iaitu pada tanggal 21 Mei 2009.


Faktor-faktor memeluk Islam:
Sebab-sebab beliau memeluk Islam adalah tertarik dengan sifat-sifat anaknya yang beragama Islam kerana selalu mendengar anaknya membaca Al-Quran beliau terasa suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan apabila beliau menghayati ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh anaknya.Beliau juga sering berbual dengan jiran-jiran yang berbangsa Melayu tentang Islam.justeru beliau sangat tertarik untuk memeluk Islam.Selain itu,belliau juga selalu mendengar azan daripada surau yang berhampiran dengan rumahnya menyebabkan beliau lebih teringin untuk mengetahui maksud azan yang sering dilaungkan itu.

  
Cabaran yang dihadapi:
Bukan mudah bagi seseorang yang baru memeluk Islam untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang muslim.Cabaran yang dihadapinya adalah pada peringkat permulaan beliau memeluk Islam,anak-anak yang bukan Islam tidak menerima keputusannya memeluk Islam.Mereka langsung tidak datang menjenguknya dan hanya dijaga oleh jiran sebelah yang bersimpati terhadapnya. Selain itu beliau harus mendisiplinkan diri untuk menunaikan ibadat kepada Allah, seperti bangun pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh. 


Aktiviti- aktiviti yang dliakukan:
Beliau juga sering ke surau berhampiran rumahnya untuk belajar fardhu ain pada setiap hari Isnin dan kelas mengaji Al-Quran pada setiap hari khamis untuk mempertingkat tahap bacaannya di samping untuk meningkatkan kefasihannya membaca Al-Quran.beliau juga mengamalkan puasa sunat untuk menguatkankan diri untuk menghadapi bulan Ramadhan.


Harapan:
Harapan beliau adalah untuk menunaikan haji di Makkah dan menjadi muslim yang solehah di samping mengharapkan beberapa orang lagi anaknya untuk memeluk Islam.Setiap hari beliau berdoa agar anak-anaknya yang lain akan terbuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam.


Kesimpulan:
Kesimpulannya beliau sangat gembira memeluk Islam kerana telah dikurniakan hidayah oleh Allah. Beliau juga mengakui bahawa Islam adalah sebaik-baik agama.tambahan pula kini anak-anaknya telah menerimanya dan ketenangan sentiasa menghiasi hidupnya. Beliau sangat merasai perbezaan yang ketara apabila memeluk Islam kerana corak kehidupan Islam adalah sangat berbeza dengan kehidupan beliau sebelum ini.


Rujukan:
Ustaz abd aziz b. harjin (abdazizharjin.blog.spot.com)
Siti aisyah bt Abdullah
Internet: laman kebun hidayah